Sunday 5 February 2012

Pintu-pintu syaitan


15 PINTU SYAITAN

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Sanjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surh Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
- Panghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.
Album ini merupakan info semoga memberi manfaat kepada kita. amat dialu-alukan untuk sebar dan jemput sahabat lain ke page ini. bukan sahaja kita mendapat manfaat mereka pun perlu juga mendapat manfaat ini. Erti hidup pada MEMBERI

Friday 27 January 2012

Ketaatan

assalamualaikum..
Seperti yang kita ketahui wanita yang solehah adalah idaman setiap lelaki tetapi tidak semua lelaki memperolehi wanita solehah sebagai isterinya. Seseorang wanita yang belum berkahwin wajib mentaati bapanya kerana dosa dosa yang dilakukan olehnya akan ditangung oleh bapanya. Tetapi bila seseorang wanita itu berkahwin ia wajib mentaati suaminya selagi suaminya tidak menyuruh kearah kemaksiatan. Sebab apa wanita perlu mentaati suaminya? ini kerana suaminya akan menanggung segala dosa yang dilakukan oleh isterinya. Sebab itulah wanita yang sudah berkahwin wajib mentaati suaminya. Berbeza pula dengan orang lelaki,sebelum berkahwin ia wajib taat kepada kedua ibubapanya dan setelah berkahwin pun ia wajig juga taat kepada kedua ibubapanya..tetapi sekarang banyak yang kita lihat lelaki sebelum berkahwin taat kepada ibubapanya dan apabila berkahwin taat pula kepada isteri dan tidak lagi taat kepada ibubapanya. Ini adalah satu perkara yang salah. Wanita juga sama, sebelum berkahwin memang taat kepada ibubapanya tetapi bila berkahwin taat juga kepada ibubapanya. Sepatutnya wanita apabila berkahwin orang pertama yang perlu mereka taat adalah suaminya dan bukan ibubapanya. wallahhualam,,,sekadar berkongsi.,,apa yang saya tahu..Maklumat maklumat yg saya dapat pun dr ustaz- ustaz dan juga kuliah- kuliah yang dihadiri. Sehingga bertemu lagi..

Friday 13 January 2012

JANGAN

Jangan sesekali berputus asa,jangan sesekali memikirkan orang yang tidak menyukai kita.. hidup mesti diteruskan walau apa yang terjadi... Jadikan kegagalan hari ini sebagai pemngalaman berguna untuk hari esok...

assalamualaikum....

Orang lain dah lama ada blog tp aku baru nak ada..minta maaf sebab xde ape2 lagi..insyaallah akan di update dari masa ke semasa....

Baru Nak Mencuba

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CUEPACSmahulebih_suara_dalamsemakansemulaSBPA/Article